Aktiviti, Penguatkuasaan dan Kawalselia Geosains di Malaysia

Tugas penguatkuasaan dan kawalselia berkaitan geosains dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan iaitu:

  1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) - Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan aspek eksplorasi mineral, pembangunan air bawah tanah, kawalselia lombong dan kuari, kajian impak alam sekitar, geowarisan dan geobencana kepada agensi persekutuan, kerajaan negeri, pemegang taruh, syarikat swasta dan individu persendirian.
  2. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - Memberi khidmat nasihat berkaitan aktiviti hidrologi dan perkaitannya dengan alam sekitar dan masyarakat.

Agensi-agensi lain yang turut terlibat dalam aktiviti berkaitan geosains ialah:

  1. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) - Melaksanakan kerja-kerja pengurusan sungai, pesisir laut, sumber air dan hidrologi.
  2. Jabatan Alam Sekitar (JAS) - Mengawalselia penggunaan sumber asli secara mapan.
  3. Jabatan Meteorologi Malaysia - Memantau dan menyelaras berkaitan bencana alam termasuk geobencana seperti gempa dan tsunami.
  4. PETRONAS - Menjalankan tugas-tugas berkaitan carigali minyak dan gas di pesisir laut Malaysia.
  5. Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) - Membekal imej satelit remote sensing dan data spatial.